Program


PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

SEJARAH PERAKAUNAN - PENGENALAN

 Simpanan rekod perakaunan terawal dijumpai pada
peninggalan sejarah zaman Babylon, Assyria, Sumeria dan
Mesir Purba, yang telah wujud sejak 3500 SM.









Rajah disebelah menunjukkan lembah
Assyria, Mesopotamia dan Mesir Purba di
mana rekod-rekod awal perakaunan telah
ditemui.



SEJARAH PERAKAUNAN – ZAMAN PURBA MESIR
 Menggunakan papyrus (kertas) dan calamus (pen)
untuk tujuan perekodan.
 Urusniaga lebih mudah dicatat dan lebih terperinci.
 Dengan pengenalan cukai oleh Raja, perekodan
perakaunan menjadi semakin penting.
 Tidak banyak berkembang kerana masalah buta huruf
di kalangan rakyat dan tiada ukuran nilai piawai untuk
pertukaran barang.


SEJARAH PERAKAUNAN – ZAMAN PURBA GREEK
 Mata wang diperkenalkan, memudahkan
catatan rekod perakaunan.
 Catatan berbentuk keterangan digunakan
untuk merekod penerimaan dan pembayaran.
 Sistem catatan bergu belum lagi digunakan.


SEJARAH PERAKAUNAN – ZAMAN PURBA ROM
 Setiap isirumah perlu menyimpan rekod
perakaunan yang dinamakan adversaria.
 Rakyat perlu menghantar penyata aset dan
liabiliti kepada kerajaan bagi tujuan
percukaian.
 Konsep belanjawan diperkenalkan untuk
menyelaraskan pendapatan dan perbelanjaan
kerajaan dan mengenakan cukai mengikut
kemampuan rakyat.

CONTOH PENINGGALAN PERAKAUNAN TERAWAL















Token perakaunan dari
tanah liat (3500 SM)



                                                    Tablet simbol numerik (3200 – 2700 SM)















Tablet dari zaman Rom (1 -2 Masehi)






                                                         Token sfera (4000 – 3100 SM)


PERMULAAN CATATAN BERGU
 Rekod catatan bergu terawal telah ditemui di
dalam buku akaun Messari di Bandar Genoa pada
tahun 1340.
 Sistem catatan bergu telah diperkembangkan oleh
pedagang Itali pada lewat kurun ke 13.
 Luca Pacioli dinamakan Bapa Perakaunan kerana
beliau adalah orang pertama yang
mendokumentasikan sistem catatan bergu di
dalam bukunya “Summa de Arithmetica,
Geometria, Proportioni et Proportionalità”.

                                                      LUCA PACIOLI Potret Pacioli, 1495
.

FALSAFAH PELAPORAN KOS SEJARAH DAN NILAI
SAKSAMA
 Falsafah Kos Sejarah
- kos sejarah ialah kos sebenar, iaitu kos yang
terlibat semasa urusniaga itu berlaku.
- oleh kerana ia adalah kos sebenar, amaun
yang direkod adalah boleh dipercayai dan
boleh disahkan (melalui invois, resit dll).
- kos sejarah membantu pengurus untuk
meramal jangkaan kos operasi pada masa
hadapan menggunakan data lalu.

1.2 FALSAFAH PELAPORAN KOS SEJARAH DAN NILAI
SAKSAMA (SAMBUNGAN)
 Falsafah Nilai Saksama
- nilai saksama ialah anggaran nilai yang
realistik dan munasabah terhadap harga
pasaran sesuatu aset atau liabiliti.
- falsafah ini dikatakan lebih relevan kerana ia
membekalkan maklumat terkini yang selari
dengan pasaran dan mengambilkira kesan
inflasi ke atas kos asal.
- persetujuan antara kedua-dua belah pihak
perlu dicapai dalam sesuatu urusniaga.


KONSEP PELAPORAN BERASASKAN NILAI SAKSAMA
 Nilai atau angka yang dilaporkan dalam
penyata kewangan perlu diselaraskan semula
pada nilai pasaran sekiranya amaun asal (kos
sejarah) tersebut tidak lagi menunjukkan nilai
yang saksama.
 Nilai saksama di dalam Kunci Kira-kira akan
memberi gambaran lebih tepat tentang nilai
sesebuah perniagaan atau lebih jelas
menunjukkan risiko yang mungkin ada dalam
perniagaan tersebut.


1.2 (D) PERAKAUNAN SEBAGAI SATU PROFESION
 Maksud Profesional:
1.Engaged in one of the learned profession.
2.Characterized by conforming to the technical
or ethical standards of a profession.
- Merriam-Webster Dictionary, 2008


PERAKAUNAN SEBAGAI SATU PROFESION (SAMBUNGAN)
 Maksud Profesion:
1. A calling requiring specialized knowledge
and often long and intensive academic
preparation.
- Merriam-Webster Dictionary, 2008


PERAKAUNAN SEBAGAI SATU PROFESION (SAMBUNGAN)
 Jadi, perakaunan boleh dianggap sebagai satu
profesion kerana:
1. Memerlukan tahap latihan dan pendidikan yang
tertentu bagi melayakkan seseorang bergelar
akauntan.
2. Dikawal selia oleh undang-undang dan kod
etika yang dikuatkuasakan oleh badan profesional
tertentu (contoh: MASB, MIA).
3. Individu perlu terlebih dahulu memiliki
kelulusan profesional yang diiktiraf (contoh:
ACCA,CIMA,ACPA,MICPA).


KEWUJUDAN KOD ETIKA PROFESION PERAKAUNAN
 Kod etika perakaunan di Malaysia dikeluarkan
oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA). Undangundang tersebut; “The By-Laws (On
Professional Ethics, Conduct and Practice)”
telah dikeluarkan pada 24 November 2006
dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.
 Kod etika ini dikeluarkan selaras dengan
keperluan Akta Akauntan 1967 yang mengikat
kesemua akauntan yang berdaftar dengan MIA.


KEPERLUAN KOD ETIKA PROFESION PERAKAUNAN
 Bidang kerja yang dijalankan oleh akauntan dan
juruaudit memerlukan tahap etika yang tinggi.
 Ini kerana pemegang saham, bakal pemegang
saham dan pengguna penyata kewangan yang lain
bergantung sepenuhnya kepada Penyata
Kewangan Tahunan syarikat untuk membuat
keputusan tentang pelaburan.
 Mereka bergantung kepada pendapat akauntan
yang menyediakan penyata serta pendapat
juruaudit yang mengesahkan penyata tersebut
untuk menunjukkan keadaan yang benar dan adil
tentang syarikat tersebut.


KEPERLUAN KOD ETIKA PROFESION PERAKAUNAN
(SAMBUNGAN)
 Pengetahuan tentang etika membolehkan
akauntan dan juruaudit mengatasi masalah
dilema etika, membolehkan mereka membuat
pilihan yang betul, walaupun tidak
menguntungkan perniagaan, tetapi akan
memberikan manfaat kepada pengguna
penyata kewangan.


No comments:

Post a Comment